Beberapa negara adakan solat jenazah ghaib, perarakan untuk Ismail Haniyeh

Iklan
Perdana Menteri Pakistan Shehbaz Sharif (tengah) melakukan solat jenazah di Parlimen di Islamabad pada Jumaat. Foto AFP

ISTANBUL - Beberapa negara mengadakan solat jenazah ghaib dan perarakan untuk Ismail Haniyeh, Ketua Biro Politik Hamas, yang dibunuh pada Rabu di ibu kota Iran, Tehran, lapor Agensi Anadolu.

Jenazah Haniyeh telah dibawa ke ibu kota Qatar, Doha, untuk pengebumiannya selepas solat Jumaat. Beliau akan dikebumikan di tanah perkuburan di Bandar Lusail negara Teluk itu.

Iklan
Iklan

Pemimpin Tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khamenei, telah mengetuai solat jenazah Haniyeh pada Khamis di Tehran.

Solat jenazah ghaib juga diadakan di pelbagai bahagian Turkiye, di mana beberapa perarakan telah diadakan untuk membantah pembunuhan Haniyeh.

Iklan

Solat jenazah ghaib juga diadakan di Semenanjung Gaza dan Baitulmuqaddis Timur yang diduduki, serta di beberapa bandar di Republik Turki Cyprus Utara dan di Lubnan. Selain itu, beberapa perarakan protes diadakan di bandar-bandar di seluruh Jordan untuk membantah pembunuhan Haniyeh.

Haniyeh dibunuh pada Rabu di ibu kota Iran, Tehran. Walaupun Hamas dan Iran menyalahkan Israel atas pembunuhan itu, Tel Aviv tidak mengesahkan atau menafikan ia bertanggungjawab.

Iklan

Pembunuhan itu berlaku sehari selepas Komander Hizbullah, Fuad Shukr, dibunuh dalam serangan udara Israel di pinggir bandar selatan Beirut.

Kebimbangan semakin meningkat mengenai peperangan antara Israel dan Hizbullah di tengah-tengah serangan rentas sempadan antara kedua-dua pihak.

Peningkatan ketegangan berlaku di sebalik serangan maut Israel ke atas Gaza yang telah mengorbankan hampir 39,500 orang sejak 7 Oktober lepas. - Bernama-Anadolu