Ringgit kukuh, sepatutnya harga barang turun
Iklan
SHAH ALAM - Peningkatan ringgit pada kadar 4.5 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) tidak menggambarkan pengukuhan yang ketara sekali gus belum mampu memberi impak yang signifikan terhadap penurunan harga barangan di pasaran.
Pakar Ekonomi University College i-CATS, Kuching, Profesor Datuk Dr Shazali Abu Mansor berkata, impak awal penurunan harga mungkin hanya boleh dilihat terhadap barangan yang sensitif dengan kadar tukaran mata wang seperti bawang, sekiranya kadar 4.5 dapat dikekalkan dalam tempoh lama.