PIMA tunggu perincian pelaksanaan program khas peralihan lesen B

Iklan
Laporan muka depan Sinar Harian pada Sabtu. Gambar kecil: Mat Aris

SHAH ALAM - Persatuan Institut Memandu Malaysia (PIMA) masih menunggu perincian mengenai pelaksanaan program khas peralihan untuk mendapatkan lesen B yang membabitkan pemegang Lesen Memandu Malaysia (LMM) kelas B1 dan B2 selama lebih 10 tahun.

Presidennya, Mat Aris Bakar berkata, pihaknya masih belum mendapat maklumat lengkap mengenai perkara tersebut.

Iklan
Iklan

"Kita tidak nampak lagi bagaimana pelaksanaan dan prosedur operasi standard (SOP) yang bakal dilakukan oleh kerajaan.

"Oleh itu, kami memerlukan sedikit masa bagi memastikan semuanya diperjelaskan dengan terperinci. Mungkin dalam seminggu atau dua minggu kita dapat tahu, lihat dulu pelaksanaannya macam mana.

Iklan

"Sekarang tidak nampak lagi sebab baru sahaja diumumkan,” ujarnya kepada Sinar Harian.

Pada Jumaat, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke mengumumkan pemegang LMM kelas B1 dan B2 selama lebih 10 tahun layak menyertai program peralihan khas untuk mendapatkan lesen B bermula 1 Oktober depan.

Iklan

Menurutnya, pemohon perlu memenuhi beberapa syarat yang ditetapkan antaranya menghadiri dan lulus program peralihan serta penyesuaian motosikal berkuasa 500cc ke atas di institut memandu (IM).

Selain itu katanya, setiap calon akan dikenakan caj perkhidmatan sebanyak RM160 bagi menampung kos operasi terlibat.