Kamala Harris terima pencalonan presiden Parti Demokrat AS

Iklan
Kamala Harris

WASHINGTON - Naib Presiden Amerika Syarikat, Kamala Harris memperoleh undian yang mencukupi dari perwakilan Demokrat bagi menjadi calon presiden parti itu, umum Pengerusi Jawatankuasa Nasional Demokrat, Jaime Harrison pada Jumaat.

"Saya dengan bangga mengesahkan bahawa Naib Presiden Harris memperoleh lebih daripada undian majoriti daripada semua perwakilan...

Iklan
Iklan

"Anda mengembalikan petisyen pencalonan dengan cepat. Anda menyuarakan pendapat anda dengan jelas.

"Kita tidak akan berpatah balik. Kita perlu menghantar Kamala Harris ke Rumah Putih.

Iklan

"Anda menunjukkan dedikasi dan komitmen anda terhadap proses ini," kata Harrison menerusi satu panggilan video, menurut beberapa media Amerika Syarikat.

Pengumuman itu dibuat sebelum Konvensyen Nasional Demokrat (DNC) yang akan diadakan di Chicago dari 19 hingga 22 Ogos, lapor Agensi Anadolu.

Iklan

Harris memperoleh lebih 2,350 undian bagi pencalonan itu, kurang dua minggu selepas Biden menarik diri daripada pemilihan presiden 2024 dan menyokong Harris sebagai calon Demokrat.

Pengundian maya DNC untuk 4,700 perwakilan bermula pada 9 pagi waktu tempatan pada Khamis dan akan berakhir pada Isnin, 5 Ogos pada 6 petang. - Bernama