Pilih pemimpin tidak boleh ikut selera sendiri

Iklan
Tuan Ibrahim Tuan Man

KOTA BHARU - Memilih pemimpin tidak boleh mengikut selera sendiri tetapi sudah ditentukan dalam Islam yang mempunyai ciri-ciri tertentu.

Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, ketika menjelaskan perkara itu berkata, pemimpin boleh diibaratkan seperti pemandu bas yang membawa penumpang ke destinasi dengan selamat.

Iklan
Iklan

"Sebelum naik bas, jangan tengok bas itu baharu atau buruk, kena tengok pemandu, jika dia (pemandu) tidak sihat, bas baharu pun masuk gaung.

"Kita tidak boleh mengikut selera sendiri tetapi ALLAH SWT sudah menetepkan ciri pemimpin yang perlu dipilih termasuk mempunyai akhlak yang baik," katanya.

Iklan

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Program Pelancaran Jentera Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN) Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri di Perasu, Gua Musang Jumaat malam.

Tuan Ibrahim turut memberitahu, antara ciri pemimpin ialah mampu mencegah perkara mungkar dan boleh menerima teguran.

Iklan

"Sebagai pemimpin, bukan semua perkara yang kita lakukan itu betul, jika ada kesalahan dan rakyat tegur...jangan marah," katanya.

Dalam pada itu, beliau meminta semua pengundi di Nenggiri pulang menjalankan tanggungjawab mereka untuk memilih wakil rakyat di DUN itu.