Bekalan tipis, JDT masih belum 'selamat' - Bidoglio

Iklan
Bidoglio - Foto Fb Johor Southern Tigers

PEMAIN Johor Darul Ta’zim (JDT) perlu lebih fokus pada aksi separuh akhir kedua Piala FA berdepan Kedah Darul Aman (KDA) FC, di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri pada Ahad dalam usaha mengesahkan slot ke pentas final.

Pengendalinya, Hector Bidoglio menyifatkan bekalan tipis hasil kemenangan 2-1 pada aksi suku akhir pertama Piala FA di Stadium Darulaman 19 Julai lalu masih belum ‘selamat’ dan kesemua pemain masih perlu bekerja keras di sepanjang perlawanan bagi menambah jaringan.

Iklan
Iklan

"Aksi suku akhir kedua berdepan KDA FC, dijangka jauh lebih sukar berbanding aksi suku akhir pertama dan ia juga satu perlawanan yang berbeza.

"Oleh itu, kami perlu terus kekal fokus dan meningkatkan keupayaan menjelang perlawanan penting ini.

Iklan

"Ia (Piala FA) merupakan piala yang penting buat kami dan sebab itu kami perlu serlahkan keupayaan dan potensi sebenar kami,” katanya.

Untuk rekod, JDT menang 2-1 pada aksi separuh akhir pertama Piala FA di Stadium Darulaman, 19 Julai lalu.

Iklan

Sementara itu penyerang import JDT, Bergson Da Silva meramalkan tentangan sengit daripada pelawat yang pastinya mahu melakar kejayaan bagi melangkah ke pentas final kali ini.

Bagaimanapun, Bergson tetap yakin dengan kemampuan kesebelasan sedia ada skuad Harimau Selatan itu bagi mengekang asaka-asakan pelawat.

"Perlawanan menentang KDA FC ini sentiasa sukar buat kita seperti aksi di Darulaman sebelum ini.

"Kali ini atmosfera sama akan dibawa ke ‘gelanggang kami’ termasuk bekalan tipis, 2-1 ke atas mereka.

"Oleh itu, perlawanan ini akan benar-benar menjadi perlawanan yang sengit bagi kedua-dua pasukan,” katanya.