Plastik hitam di cermin hadapan lori alasan elak panas

Iklan
Antara kenderaan berat yang ditahan pihak JPJ menerusi operasi yang dijalankan baru-baru ini.

SEPANG - Menggunakan plastik hitam di cermin hadapan sehingga mengganggu pandangan dengan alasan untuk elak panas antara kesalahan dikesan dilakukan pemandu lori menerusi sekatan jalan raya sekitar Salak Tinggi di sini pada Isnin sehingga Rabu lalu.

Selain itu terdapat juga lori yang ditahan dikesan melakukan modifikasi melampau hingga boleh mengganggu pengguna jalan raya lain.

Iklan
Iklan

Rata-rata pemandu yang melakukan kesalahan ini memberikan alasan untuk mencantikkan lori yang dipandu.

Pemantauan dijalankan melibatkan beberapa lokasi tumpuan sekitar Salak Tinggi.

Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Selangor, Azrin Borhan berkata, selain sekatan jalan raya pemantauan turut dijalankan secara rondaan di beberapa lokasi tumpuan.

Iklan

Beliau berkata, operasi melibatkan Jalan Bandar Baru Salak Tinggi, Jalan Stadium Mini Majlis Perbandaran Sepang, sekitar Taman Mawar dan ⁠Jalan Salak Tinggi-Sepang.

"Operasi yang dijalankan bermula jam 8 pagi sehingga 4 petang ini melibatkan pemeriksaan sebanyak 494 buah lori.

Iklan

"Sebanyak 82 buah lori diambil tindakan saman antaranya melibatkan kesalahan teknikal serta modifikasi yang melampau," katanya menerusi kenyataan pada Sabtu.

Pemantauan turut melibatkan sekatan jalan raya meenrusi operasi yang dijalankan baru-baru ini.

Katanya, pemantauan sememangnya sentiasa dijalankan bagi memastikan peraturan yang ditetapkan dipatuhi pengguna.

"Pengubahsuaian tidak boleh dilakukan dengan sewenangnya sehingga merisikokan pengguna jalan raya lain.

"JPJ Selangor sama sekali tidak berkompromi berkaitan mana-mana kesalahan yang dikesan dilakukan pemandu kenderaan berat menerusi operasi dijalankan ini dan tindakan tegas diambil mengikut peraturan yang ditetapkan," katanya.