Penunggang motosikal maut langgar kereta buat pusingan U

Iklan
Tangkap layar video kemalangan yang dikongsi pengguna media sosial.

BATU PAHAT - Seorang penunggang motosikal maut apabila terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kereta di Kilometer (KM) 33.5, Jalan Kluang Ayer Hitam di sini pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani berkata, kemalangan kira-kira jam 10.15 malam itu dipercayai berlaku ketika kereta yang dipandu seorang wanita warga tempatan berusia 44 tahun dari arah sebuah kedai makan di sebelah kiri jalan Ayer Hitam, telah membuat pusingan U untuk ke Parit Raja.

Iklan
Iklan

"Ketika itu, datang, sebuah motosikal yang ditunggang lelaki berusia 25 tahun dari arah sama, tidak sempat mengelak dan kemudiannya terlanggar bahagian tepi sebelah kanan kereta terbabit.

"Kemalangan itu menyebabkan penunggang motosikal mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan meninggal dunia di lokasi kejadian sementara pemandu kereta tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya.

Iklan

Shahrulanuar berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) iaitu kesalahan menyebabkan kematian kerana memandu dengan melulu atau membahayakan.

Katanya, jika disabitkan kesalahan boleh dihukum penjara sehingga 10 tahun serta denda tidak kurang RM5,000 dan tidak lebih daripada RM20,000.

Iklan

"Pihak polis memohon kerjasama orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kejadian supaya dapat tampil membantu siasatan polis.

"Orang ramai boleh menyalurkan maklumat berkenaan ke mana-mana balai polis berhampiran atau melalui hotline Polis Kontinjen Johor di talian 07-2212999 atau hotline Polis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat di talian 07-4343999," katanya.