Anwar tiba di Kelantan untuk lawatan kerja bersama PM Thailand

Iklan
Anwar (tengah) tiba di Kelantan pada Sabtu untuk lawatan kerja di Rantau Panjang dan Sungai Golok. Foto Facebook Nassuruddin

KOTA BHARU - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Kelantan pada Sabtu untuk lawatan kerja di Rantau Panjang dan Sungai Golok bersama rakan sejawatannya dari Thailand, Srettha Thavisin.

Anwar tiba di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) di sini, pada jam 11.18 pagi dan disambut oleh Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud.

Iklan
Iklan

Turut mengiringi beliau ialah Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan; Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Sekitar, Nik Nazmi Nik Ahmad.

Anwar (dua dari kanan) tiba di LTSIP pada jam 11.18 pagi Sabtu, disambut Menteri Besar Kelantan, Mohd Nassuruddin. Foto Facebook Nassuruddin

Anwar dan Srettha juga dijadual mengadakan mesyuarat bagi membincangkan isu-isu sempadan serta sosioekonomi kedua-dua negara.

Iklan

Thailand dijangka memulakan projek pembinaan jambatan kedua yang dikenali sebagai Jambatan Kembar di Rantau Panjang-Sungai Golok itu pada April tahun hadapan.

Gabenor Wilayah Narathiwat, Trakul Thotham dilaporkan berkata, penaksiran kesan persekitaran (EIA) akan dijalankan sebelum projek pembinaan bermula.

Iklan

Jambatan Kembar itu akan berfungsi sebagai jambatan kedua, selepas Jambatan Muhibbah yang menghubungkan Rantau Panjang-Sungai Golok.

Jambatan kedua Rantau Panjang-Sungai Golok itu akan mempunyai enam lorong bagi memudahkan pergerakan keluar masuk kenderaan antara Malaysia dan Thailand.