SPRM lancar dua bilik gerakan PRK Nenggiri

Iklan
Gambar hiasan.

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melancarkan dua bilik gerakan bagi penyaluran maklumat dan aduan berkaitan kesalahan berkaitan rasuah pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri.

SPRM menerusi kenyataan pada Sabtu memaklumkan, bilik gerakan ini membolehkan orang ramai menyalurkan maklumat serta aduan berkaitan perbuatan rasuah dan salah guna kuasa.

Iklan
Iklan

"Dua bilik gerakan pilihan raya ini bertujuan bagi membolehkan orang ramai menyalurkan maklumat serta aduan berkaitan perbuatan rasuah dan salah guna kuasa pada PRK DUN Nenggiri.

"Dua bilik gerakan ini akan beroperasi mulai 3 Ogos 2024 hingga 17 Ogos 2024 antaranya di pejabat SPRM Kelantan yang akan beroperasi 24 jam dan pejabat SPRM Cawangan Gua Musang yang akan beroperasi bermula 8 pagi hingga 6 petang," katanya menerusi kenyataan pada Sabtu.

Iklan

Katanya, semua calon dan parti politik yang bertanding juga diingatkan tidak melakukan aktiviti bertentangan dengan Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

"Semua pihak diingatkan tidak melakukan aktiviti-aktiviti yang boleh melanggar undang-undang dan peraturan pilihan raya selaras dengan Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954," katanya.

Iklan

Menurutnya, selain itu, orang ramai juga boleh menyalurkan sebarang aduan rasuah dan salah guna kuasa melalui emel kepada prk2024_kel@sprm.gov.my atau menghubungi talian 09-7661800 sambungan 1970.