Tiga ditahan ceroboh tanah PKPP pungut durian

Iklan
Gambar hiasan.

RAUB - Tiga individu termasuk seorang wanita warga Indonesia ditahan kerana disyaki menceroboh tanah milik Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Pahang (PKPP) di Kampung Tras, Raub di sini pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Raub, Superintenden Mohd Shahril Abd Rahman berkata, suspek berusia 40 hingga 50 tahun itu dipercayai menceroboh masuk tanah berkenaan bagi memungut hasil durian.

Iklan
Iklan

Menurutnya, tindakan itu diambil susulan laporan polis dibuat Penolong Pengurus PKPP Pamah Lebar, Kampung Teras mendakwa terdapat orang awam menceroboh masuk tanah PKPP itu dan memungut hasil durian.

"Bertindak atas maklumat, sepasukan anggota polis dibantu Pasukan Gerakan Am (PGA) diatur gerak untuk mengesan dan menahan individu terlibat.

Iklan

"Hasil risikan, polis berjaya mengesan dan menahan dua lelaki warga tempatan dan seorang wanita warga Indonesia itu," katanya melalui kenyataan pada Sabtu.

Mohd Shahril berkata, ketiga-tiga suspek dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Raub untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 447 Kanun Keseksaan kerana melakukan pencerobohan jenayah.

Iklan

"Orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian yang boleh menganggu siasatan dan.sentiasa patuh kepada undang-undang ditetapkan," katanya.