Malaysia, Thailand bincang zon ekonomi khas

Iklan
Srettha (dua dari kiri) bersama Anwar (dua dari kanan) semasa lawatan kerja di Pasir Mas.

PASIR MAS - [DIKEMAS KINI] Malaysia dan Thailand akan mengadakan perbincangan berhubung zon ekonomi khas yang memfokuskan kepada industri makanan halal dan perladangan getah.

Perdana Menteri Thailand, Srettha Thavisin berkata, pihaknya akan mengadakan pertemuan bersama Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan minggu depan bagi membincangkan perkara itu.

Iklan
Iklan

Perdana Menteri Thailand, Srettha Thavisin

"Kami membincangkan tentang pembinaan jambatan kedua Sungai Golok yang akan meningkatkan ekonomi kedua-dua negara.

Iklan

"Kedua, kami turut berbincang untuk mengadakan kerjasama rapat berkait zon ekonomi khas dan saya akan bertemu dengan Menteri Luar untuk membincangkan langkah seterusnya untuk membangunkan industri makanan halal dan tanaman getah,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan sempena Lawatan Kerja Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Perdana Menteri Thailand di Kompleks Apam Putra, di sini, pada Sabtu.

Iklan

Srettha (tiga dari kiri) yang tiba di Pasir Mas untuk lawatan kerja bersama Anwar (dua dari kanan).

Srettha berkata, beliau berbesar hati mendengar ucapan Anwar menganggap hubungan antara Malaysia-Thailand semakin baik.

"Itu sememangnya niat pihak kami kerana kawasan sempadan Selatan Thailand dan Timur Malaysia yang masih perlu kemajuan dan pembanguan.

"Dalam waktu terdekat akan ada pembangunan di kawasan sempadan terutama membabitkan ekonomi dan saya akan datang lagi untuk melihat perkembangnya,” katanya.

Anwar dan Srettha akan mengadakan lawatan kerja ke Rantau Panjang, Kelantan dan Sungai Golok, Narathiwat, Thailand pada Sabtu.

Tujuan utama lawatan itu adalah untuk menilai kemajuan projek naik taraf jambatan menghubungkan Rantau Panjang-sungai Golok, iaitu satu daripada inisiatif utama kesalinghubungan sempadan kedua-dua negara.