Olimpik Paris: Azeem layak ke pusingan pertama 100m

Iklan
Marc Brian Louis dari Singapura, Muhammad Azeem dan Ebrahima Camara dari Gambia bersaing dalam acara saringan 100m lelaki acara olahraga di Sukan Olimpik Paris 2024. Foto AFP

PELARI pecut negara, Muhammad Azeem Fahmi berjaya mara ke pusingan pertama acara 100 meter (m) lelaki selepas meraih tempat kedua dalam peringkat kelayakan, Sukan Olimpik Paris pada Sabtu.

Azeem yang berlari di lorong ketiga mencatatkan masa 10.42 saat dalam aksi yang berlangsung di Stade de France.

Iklan
Iklan

Pelari berusia 20 tahun itu akan mengiringi atlet dari Gambia, Ebrahima Camara yang berada di kedudukan pertama dengan catatan masa 10.29 saat ke pusingan pertama.

Pusingan pertama dijadualkan akan berlangsung pada jam 5.55 petang ini.

Iklan
Iklan