Gadis tempuh detik hitam dicabul warga asing

Iklan
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR - Seorang pelajar menempuh detik hitam apabila dicabul lelaki warga asing dalam kejadian dekat Jalan Melati, Taman Melati di sini pada Jumaat.

Bagaimanapun tindakan suspek itu mengundang padah apabila berjaya diberkas sejurus selepas kejadian.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Asisten Komisioner Mohamad Lazim Ismail berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 3.15 petang.

"Siasatan dijalankan mendapati kejadian berlaku ketika mangsa yang merupakan wanita tempatan berumur 18 tahun berjalan seorang diri di lokasi kejadian.

Iklan

"Mangsa kemudiannya dipercayai dicabul suspek sebelum suspek kemudiannya berjaya ditahan," katanya menerusi kenyataan pada Sabtu.

Beliau berkata, suspek direman empat hari untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan.

Iklan