KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) membuka lima kertas siasatan berhubung penyebaran khabar angin dan berita tidak sahih mengenai penularan koronavirus menerusi laman media sosial.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed berkata, empat kertas siasatan berkaitan empat kenyataan yang dimuat naik menerusi laman Facebook dan satu lagi adalah berita palsu yang disebarkan menerusi aplikasi WhatsApp.
Iklan
Iklan
"Antara pemilik akaun Facebook yang disiasat adalah Ibu Yati, Mr Kong Tuck Wah, Roti Sardeen dan Gabungan Anak Terengganu (Original).
"Kita turut menyiasat penularan berita palsu yang disebarkan melalui WhatsApp berkaitan kematian banduan secara mengejut di Penjara Sandakan, Sabah yang didakwa berpunca daripada virus berkenaan," katanya melalui kenyataan media pagi tadi.
Kesemua siasatan dijalankan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998.