TEHERAN - Ketua Biro Politik Pergerakan Hamas Palestin, Ismail Haniyeh dipercayai dibunuh menggunakan peluru berpandu jarak dekat dengan kepala peledak seberat kira-kira tujuh kilogram yang ditembak dari luar rumah tamu di Tehran, lapor Sputnik.
Haniyeh maut pada Rabu selepas beliau menghadiri majlis angkat sumpah Presiden Iran yang baharu, Masoud Pezeshkian.
Hamas telah menyalahkan Israel dan Amerika Syarikat atas kematian Haniyeh dan berjanji akan membalas dendam.
"Berdasarkan data siasatan, operasi pengganas ini dilakukan menggunakan peluru berpandu jarak dekat dengan kepala peledak seberat kira-kira tujuh kilogram dan letupan yang kuat, (ia ditembak) di luar kawasan rumah tamu," kata Kor Pengawal Revolusi Islam (IRGC) pada Sabtu dalam satu kenyataan, dipetik oleh agensi berita Iran, IRNA.
IRGC juga mendakwa pembunuhan Haniyeh telah dirancang dan dilaksanakan oleh Israel dan disokong oleh Amerika Syarikat, sambil menambah bahawa kematian Ketua Biro Politik Hamas itu akan dibalas dengan"hukuman yang berat" dan pada"masa dan tempat yang sesuai." - Bernama