CHEN Meng dari China mempertahankan mahkota Olimpiknya dalam acara perseorangan pingpong wanita selepas menewaskan pemain nombor satu dunia, Sun Yingsha 4-2 di final Sukan Olimpik Paris 2024 pada Sabtu, lapor agensi berita Xinhua.
Meng, 30, pilihan kedua dalam acara itu, mengatasi rakan senegaranya Yingsha dengan keputusan 4-11, 11-7, 11-4, 9-11, 11-9 dan 11-6 di Arena 4 Paris Selatan.
Paris menyaksikan pertarungan final perseorangan Olimpik kedua antara Meng dan Yingsha. Di Tokyo 2020, Meng juga mengalahkan Yingsha 4-2 untuk meraih gelaran Juara Olimpik.
Terdahulu pada Sabtu, Hina Hayata dari Jepun memenangi pingat gangsa selepas menewaskan Shin Yu-bin dari Korea Selatan 4-2. - Bernama