KERAJAAN India telah menghantar 40 unit penyaman udara untuk keselesaan atlet negara itu di Perkampungan Sukan Olimpik di Paris, kata seorang pegawai kerajaan pada Sabtu.
"Penyaman udara ini adalah unit pasang dan pakai dan atlet sudah mula menggunakannya. Diharapkan dengan ini mereka akan mempunyai penginapan yang lebih selesa dan mendapat rehat yang lebih baik, yang sangat diperlukan untuk prestasi yang hebat.