Olimpik Paris 2024: Yulo hadiahkan emas kedua buat Filipina

Iklan
Yulo menghadiahkan pingat emas kedua Filipina dalam acara acara gimnastik senaman lantai lelaki pada Sabtu

ATLET gimnastik, Carlos Yulo memenangi pingat emas kedua Sukan Olimpik buat Filipina, setelah menyisihkan juara bertahan Artem Dolgopyat dari Israel dalam acara senaman lantai lelaki akhir edisi Paris 2024 pada Sabtu.

Yulo, 24, meraih 15, 000 mata meninggalkan Dolgopyat juara edisi Tokyo 2020 dengan 14, 966 mata untuk pingat perak dalam aksi yang berlangsung di Bercy Arena.

Iklan
Iklan
Dari kiri, Dolgopyat, Yulo dan Jarman.
Iklan

Sementara itu, gimnas sensasi Great Britain, Jake Jarman pula memenangi pingat gangsa selepas meraih 14, 933 mata.

Kejayaan Yulo membolehkan dia menyertai atlet angkat berat Hidilyn Diaz sebagai antara pemenang pingat emas Olimpik dari Filipina.

Iklan

Sebagai rekod, Diaz memperoleh emas dalam bahagian 55 kilogram (kg) wanita di Sukan Olimpik Tokyo tiga tahun lalu.