PARIT - Pasangan kekasih yang dipercayai menyembunyikan kelahiran dan membuang mayat bayi perempuan ke dalam Sungai Perak dibebaskan dengan jaminan polis petang semalam.
Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintendan Barudin Wariso berkata, suspek lelaki dan wanita yang berusia 22 tahun itu dibebaskan selepas semua proses dokumentasi dan rakaman percakapan selesai.