Alat mainan seks dijual secara terbuka

Iklan
Alat mainan seks didapati dijual secara terbuka di kedai menjual barangan kesihatan dan kecantikan di negara ini.

SHAH ALAM - Alat permainan seks didapati dijual secara terbuka di cawangan kedai menjual barangan kesihatan dan kecantikan.

Tinjauan yang dilakukan di sekitar bandar raya ini menunjukkan terdapat dua daripada enam kedai yang diperiksa didapati menjual produk berkenaan.

Iklan
Iklan

Berdasarkan harga yang dipamerkan di atas rak jualan, alat mainan seks tersebut dijual pada harga RM129 dan RM199 mengikut kategori.

Menurut peguam, Wan Azliana Wan Adnan, penjualan barang tersebut boleh didakwa di bawah Seksyen 292(a) Kanun Keseksaan kerana mengedar dan menjual barang-barang berunsur lucah.

Iklan
Wan Azliana

Menurutnya, jika penjual ditangkap, mereka hendaklah diberi hukuman penjara selama tempoh tiga tahun atau denda atau kedua-duanya.

"Alat mainan seks ini tidak boleh dijual secara terbuka di kedai mahupun dalam talian.

Iklan

"Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang bertanggungjawab merampas barangan terlarang tersebut dan dakwa di mahkamah,” katanya ketika dihubungi Sinar Ahad.

Dalam pada itu, gambar penjualan alat mainan seks tersebut tular di media sosial sejak beberapa hari lalu.

Penjualan alatan seks secara terbuka menimbulkan kebimbangan dalam kalangan warganet kerana boleh memberikan mudarat kepada rakyat di negara ini terutama generasi muda.

Malah, ia juga bertentangan dengan norma masyarakat di negara ini yang menolak sebarang perbuatan tidak bermoral.