Ujian terhadap federalisme
Iklan
PADA 28 Julai, media massa melaporkan kerajaan Sarawak memberi tempoh lanjutan tiga bulan kepada Petronas untuk memuktamadkan susunan penyeliaan pengagihan gas di Sarawak dengan Petroleum Sarawak Berhad (Petros).
Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg dilaporkan berkata, sebelum ini Sarawak memutuskan Petros akan ambil alih peranan dalam semua aktiviti jual beli gas asli bermula 1 Julai lalu.