Lapan lelaki leka sabung ayam di ladang sawit ditahan

Iklan
Antara individu yang ditahan terlibat judi sabung ayam di Kawasan ladang kelapa sawit, Jalan Tawau-Kunak.

TAWAU - Ladang kelapa sawit di Jalan Tawau-Kunak, dekat sini, yang terletak di kawasan tersembunyi dipercayai dijadikan tempat untuk kegiatan judi sabung ayam di daerah ini.

Bagaimanapun, kegiatan itu terbongkar apabila satu serbuan dibuat pihak polis dan berjaya menahan lapan individu termasuk seorang warga emas yang sedang leka berjudi sabung ayam di lokasi tersebut kira-kira jam 12.50 tengah hari, Sabtu.

Iklan
Iklan

"Dalam serbuan itu, lapan ekor ayam jantan yang dipercayai digunakan untuk kegiatan judi laga ayam gelanggang dirampas.

Kawasan ladang kelapa sawit, Jalan Tawau-Kunak, lokasi judi sabung ayam diadakan.

"Turut dirampas, peralatan laga ayam dan wang tunai berjumlah RM1,000. Tangkapan turut melibatkan lima lelaki tempatan dan tiga lelaki warga asing berusia antara 25 hingga 71 tahun," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Iklan

Jasmin berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 21 Enakmen Kebajikan Haiwan 2015, Seksyen 7(2) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

"Orang ramai diberi amaran dan tindakan tegas akan mengambil jika terlibat dalam sebarang aktiviti perjudian seumpamanya," katanya.

Iklan