Alfred letak Saint Lucia di podium Olimpik

Iklan
Alfred letak Saint Lucia di podium Olimpik. Foto: Agensi

Saint Lucia raih emas 100 meter wanita

SEMUA mata tertumpu kepada Sha'Carri Richardson ketika dia cuba mengakhiri kemarau panjang Amerika Syarikat (AS) untuk pingat emas 100 meter (m) wanita Sukan Olimpik, namun di sebalik itu Julien Alfred, asal Saint Lucia dari pulau berpenduduk 180,000 orang paling mencuri perhatian.

Pelari pecut Saint Lucia itu mempamerkan persembahan cemerlang untuk memenangi acara 100 meter akhir dengan rekod kebangsaan 10.72 saat (s) menewaskan juara dunia Richardson (10.87s) yang meraih perak manakala gangsa milik seorang lagi pelari AS, Melissa Jefferson (10.92s).

Iklan
Iklan

Malah, lebih manis Alfred menghadiahkan Saint Lucia pingat Sukan Olimpik pertama sepanjang penyertaan negara kepulauan itu dalam temasya sukan berprestij dunia tersebut.

"Satu penghormatan apabila terpilih menjadi duta untuk negara saya.

Iklan

"Tidak ramai orang tahu mengenai Saint Lucia. Kadang-kadang saya ketika berada di Uber dan mereka bertanya saya dari mana... kemudian mereka akan bertanya lagi seperti 'Di mana Saint Lucia?" kata Alfred kepada pemberita.

Alfred ungguli acara 100m wanita Sukan Olimpik Paris 2024. Foto: Agensi

Saint Lucia, sebuah negara kepulauan Caribbean Timur, sebelum ini tidak pernah mempunyai atlet di podium Sukan Olimpik, sebaliknya atlet AS telah memenangi lebih 300 gelaran dalam acara olahraga sahaja, mengungguli kedudukan pingat sepanjang masa dengan margin yang besar.

Iklan

Alfred, pelari berusia 23 tahun mendapat mentaliti yang betul apabila menonton video legenda 100m Jamaica, Usain Bolt pada Sabtu sebelum meletakkan Saint Lucia, dalam kelompok negara hebat temasya berkenaan.

"Saya sememangnya berharap Saint Lucia mendapat pingat Sukan Olimpik pertama dan saya pasti mereka sedang meraikannya sekarang. Rasanya luar biasa untuk jujur,” kata Alfred, yang membesar berkaki ayam di negara yang tidak mempunyai kemudahan trek sempurna.

Sebagai rekod, Alfred juga akan bertanding dalam acara 200m di Paris 2024.