LaFond hadiahkan Dominica emas sulung Sukan Olimpik

Iklan
LaFond

THEA LaFond mencipta sejarah buat negara kepulauan Caribbeannya, Dominica apabila memenangi emas dalam acara lompat kijang wanita akhir untuk pingat Olimpik sulung negara itu.

Atlet Jamaica, Shanieka Ricketts meraih perak manakala Jasmine Moore dari Amerika Syarikat (AS) meraih gangsa dalam acara yang berlangsung di Stade de France.

Iklan
Iklan

Acara itu menyaksikan LaFond, 30, menjadikan dirinya wanita yang perlu ditewaskan dengan percubaan kedua 15.02 meter (m) - terbaik dunia tahun ini dan terbukti paling mencabar dengan keadaan hujan menjadikan situasi lebih berbahaya.

Kemenangan LaFond melengkapkan hari sempurna buat Kepulauan Caribbean, selepas atlet Saint Lucia turut memenangi pingat emas pertama menerusi Julien Alfred dalam acara 100m wanita akhir mengatasi Sha'Carri Richardson dari Amerika Syarikat.

Iklan

Situasi pada lompatan tiga kali menjadi lebih tidak dapat jangkakan apabila atlet Venezuela, Yulimar Rojas juga pemegang rekod dunia dan pemenang pingat emas Tokyo 2020, terlepas temasya itu akibat kecederaan tendon achilles.

Ricketts, yang terlepas podium di Tokyo 2020, melonjak 14.87m terbaik musimnya memenangi perak dan Moore menduduki tempat ketiga dengan 14.67m.

Iklan

Sementara itu, Moore, 23, wanita pertama yang menyertai pasukan Olimpik AS dalam acara lompat kijang dan lompat jauh, akan bertanding dalam acara kedua pada Selasa.

Pemenang pingat gangsa Tokyo 2020, Ana Peleteiro-Compaore dari Sepanyol (14.59m) jelas kecewa dengan prestasinya selepas gagal menandingi lompatan LaFond untuk kedudukan keenam.

Atlet nombor satu dunia Leyanis Perez Hernandez dari Cuba pula menduduki tempat kelima dengan lompatan sejauh 14.62m.