Gelandangan baling batu dekat stesen monorel direman

Iklan
Laporan Sinar Harian pada Sabtu.

KUALA LUMPUR - Gelandangan yang ditahan pada Sabtu selepas dipercayai melempar batu di Stesen Monorel Imbi dekat sini direman tiga hari bagi siasatan lanjut.

Pemangku Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Superintenden Nuzulan Mohd Din berkata, suspek direman bermula hari ini sehingga Selasa.

Iklan
Iklan

"Siasatan menyeluruh masih dijalankan termasuk motif suspek berumur 55 tahun itu bertindak demikian.

"Polis juga masih menyiasat kemungkinan sama ada suspek itu tidak waras atau sebaliknya," katanya menerusi kenyataan pada Ahad.

Iklan

Pada Jumaat, seorang lelaki dipercayai bertindak melempar batu dalam kejadian dekat Stesen Monorel Imbi dekat sini.

Tindakan suspek itu bagaimanapun mengundang padah apabila suspek kemudiannya berjaya diberkas pada Sabtu.

Iklan