JAIS masih teliti status mengajar Ustaz Don

Iklan
Ustaz Don

KLANG - Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) akan mengeluarkan keputusan rasmi berhubung status mengajar penceramah bebas, Ustaz Don Daniyal Don Biyajid.

Pengarah Majlis Agama Islam Selangor, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, pihaknya dimaklumkan satu pertemuan antara Ustaz Don dengan jawatankuasa tauliah telah diadakan bagi tujuan itu.

Iklan
Iklan

Bagaimanapun menurutnya, laporan rasmi hasil pertemuan tersebut belum diterima setakat ini.

"Saya rasa pihak jawatankuasa tauliah sedang meneliti maklumat-maklumat yang telah diterima dan juga (mendapatkan) pandangan daripada ahli-ahli jawatankuasa tauliah berkenaan.

Iklan

"Satu keputusan rasmi akan dibuat daripada JAIS kemudian. Saya tak pasti bila keputusan akan diumum tapi tidak terlalu lama kerana dalam proses penelitian maklumat," katanya pada Majlis Perasmian Bulan Pembebasan Riqab di Hotel KSL Esplanade di sini pada Ahad.

Abdul Aziz merasmikan Bulan Pembebasan Riqab di Hotel KSL Esplanade di sini pada Ahad.

Jun lalu, JAIS sudah mengeluarkan arahan kepada semua agensi, masjid dan surau bagi menangguhkan serta tidak mengundang Don Daniyal berceramah agama di Selangor.

Iklan

Ketetapan dibuat berikutan beberapa isu mengenai pengajaran atau ceramah agama Islam yang disampaikan Don Daniyal yang disyaki membawa kepada perlanggaran beberapa ketetapan dalam Peraturan-Peraturan Tauliah (Negeri Selangor) 2008.

Abdul Aziz berkata, keputusan yang dibuat kelak adalah berdasarkan hasil pertemuan serta maklumat yang dikumpulkan.

"Siasatan dibuat menyeluruh supaya keputusan yang dibuat nanti adalah sangat adil dan saksama.

"Siasatan juga dibuat merujuk kepada seksyen-seksyen tertentu yang bersesuaian dengan perkara yang dikaji," katanya