KUALA LUMPUR - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) merobohkan struktur tambahan di atas rezab jalan awam dalam Operasi Bersepadu di sekitar Jalan Sultan, Lorong Sultan, Jalan Tan Cheng Lock dan Jalan Hang Lekir dekat sini pada Sabtu.
DBKL dalam satu kenyataan berkata, tindakan diambil menerusi Jabatan Penguatkuasaan bersama Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Jabatan Kejuruteraan Awam dan Saliran, Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar serta Pejabat Cawangan Bukit Bintang, Lembah Pantai, Batu, Segambut, Bandar Tun Razak dan Cheras.