GUA MUSANG - Ketua Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor yakin calon gabungan itu yang bertanding pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri menggunakan logo Pas akan menang dengan majoriti tidak kurang 2,000 undi sekali gus mempertahankan kerusi tersebut.
Menurutnya, keyakinan itu berpandukan kepada sokongan rakyat selain gelombang PRK Sungai Bakap, Pulau Pinang yang dilihat semakin subur dalam kalangan pengundi.