Warga asing terus dalam radar PDRM

Iklan
Razarudin

KUALA LUMPUR - Polis akan meneruskan operasi terhadap warga asing yang disyaki melakukan kesalahan dan melanggar undang-undang di negara ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, operasi itu akan dilaksanakan berpandukan kepada risikan dan maklumat daripada orang awam.

Iklan
Iklan

"Operasi itu bagi mengesan jenayah-jenayah yang dilakukan oleh warga asing bukan sekadar jenayah yang dilakukan membabitkan warga Afrika sahaja," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Ahad.

Pada Jumaat, media melaporkan polis menahan 20 warga asing dengan sebahagian besar dari benua Afrika atas pelbagai kesalahan dalam serbuan ke atas beberapa unit kediaman di sebuah pangsapuri di Jalan Ampang di sini.

Iklan

Tangkapan menerusi Operasi (Op) Pintas Wakanda oleh Bahagian D3 Antipemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (ATIPSOM) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.

Difahamkan, operasi itu dijalankan susulan aduan terdapat pembabitan penghuni dalam kalangan warga Afrika di situ dalam aktiviti pelacuran yang menyasarkan pelanggan dalam kalangan 'awang hitam'.

Iklan