Kibar Jalur Gemilang

Iklan
Bangunan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dihiasi dengan Jalur Gemilang bertujuan menyemarakkan sambutan Bulan Kebangsaan semasa tinjauan foto Bernama hari ini.

Kempen Kibar Jalur Gemilang 2024 dilancarkan Perdana Menteri 21 Julai lalu untuk menyuburkan semangat patriotisme serta cintakan negara dalam kalangan rakyat Malaysia menjelang sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2024.

Sambutan Hari Kebangsaan 2024 pada 31 Ogos depan dijadualkan berlangsung di Putrajaya, manakala sambutan Hari Malaysia pada 16 September di Kota Kinabalu, Sabah.