'PH dulu dan sekarang lain' - Khaled Nordin

Iklan
Mohamed Khaled (dua dari kiri) beramah mesra dengan pemimpin UMNO Negeri Sembilan. Turut kelihatan Jalaluddin (kiri).

JELEBU - Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menyifatkan Pakatan Harapan (PH) dahulu berbeza dengan sekarang.

Beliau berkata, PH yang ketika itu turut disertai parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) banyak mengeluarkan kenyataan yang mengguris hati terutama orang Melayu.

Iklan
Iklan

Bagaimanapun katanya, keberadaan UMNO dalam Kerajaan Perpaduan bersama PH ketika ini telah dapat mengelakkan perkara itu berlaku.

"Tapi hari ini, bila UMNO bersama PH, tidak ada perkara yang boleh menyebabkan orang Melayu marah dan jauh hati. Kalau ada pun, permainan sentimen," katanya ditemui pemberita selepas hadir Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Jelebu di Kompleks UMNO Bahagian Jelebu di sini pada Ahad.

Iklan

Hadir sama, Pengerusi UMNO Negeri Sembilan merangkap Ketua UMNO Bahagian Jelebu, Datuk Seri Jalaluddin Alias.

Menurutnya lagi, UMNO akan memastikan kerajaan hari ini tidak mengenepikan atau menggugat Perlembagaan negara ini.

Iklan

Selain itu katanya, UMNO perlu berusaha mengembalikan semula keyakinan orang Melayu terhadap parti itu.

"UMNO berbeza dengan parti politik lain. Kita bukan hanya parti politik, tapi gerakan kebaikan dan pencerahan untuk orang Melayu.

"Kalau kita dapat bawanya kembali, kita pasti dapat bina semula keyakinan, sokongan orang Melayu kepada UMNO," katanya.

Sementara itu, Mohamed Khaled ketika berucap berkata, semua jentera UMNO perlu menerima hakikat yang parti itu tidak lagi seperti dahulu dengan keadaan sokongan yang semakin merosot.

Jelasnya, ia bukan saja berlaku di peringkat Pusat tetapi juga di negeri-negeri dan ia sekali gus membuatkan UMNO bukan lagi parti dominan