Selisih faham soal kerja, lelaki cedera parah diserang rakan

Iklan

TAMPIN - [DIKEMAS KINI] Hanya kerana perselisihan faham disebabkan soal kerja, seorang lelaki cedera parah diserang rakannya di sebuah rumah di Ayer Kuning Selatan di sini pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Tampin, Superintenden Amiruddien Sariman berkata, polis menerima maklumat berhubung kejadian terbabit pada jam 3.30 pagi berkenaan mangsa yang ditemui berlumuran darah.

Iklan
Iklan

"Anggota kaunter pertanyaan Balai Polis Ayer Kuning Selatan telah terima panggilan telefon dari orang awam menyatakan ada seorang lelaki berlumuran darah akibat dicederakan.

"Mangsa berusia 45 tahun dikatakan telah diserang oleh seorang lelaki yang dikenalinya semasa berada di rumah," katanya dalam stau kenyataan pada Ahad.

Iklan

Menurutnya, mangsa telah mengalami cedera parah pada bahagian bahu, perut, kaki, belakang badan dan kini menerima rawatan kecemasan di Hospital Tampin.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati, kejadian berpunca daripada perselisihan faham tentang urusan kerja antara mangsa dengan suspek.

Iklan

"Bertindak atas maklumat yang diperolehi pihak polis telah membuat tangkapan seorang lelaki berumur 31 tahun bagi membantu siasatan.

"Suspek telah direman tujuh hari bermula hari ini dan orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan kes tersebut diminta tampil ke Balai Polis Tampin atau menghubungi talian 06-4411222 atau 06-4431999 Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah(IPD) Tampin bagi membantu siasatan,"katanya.

Amiruddien berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan dan siasatan lanjut masih dilakukan.