UMNO Kota Raja mahukan satu kerusi - Tengku Zafrul

Iklan
Tengku Zafrul ketika berucap pada Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Kota Raja di Bukit Raja di sini pada Ahad.

KLANG - UMNO Bahagian Kota Raja meminta agar parti itu diberikan satu kerusi untuk ditandingi pada pilihan raya akan datang.

Permintaan secara terbuka itu dibuat Ketuanya, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz ketika berucap pada Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Kota Raja yang turut dihadiri Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Iklan
Iklan

Menurut Tengku Zafrul yang juga Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, salah satu kerusi yang diminta itu sama ada Dewan Undangan Negeri (DUN) Sentosa, Sungai Kandis dan Kota Kemuning atau Parlimen Kota Raja.

"Atas semangat perpaduan saya hendak sebut (bahawa) daripada empat kerusi itu (di bawah bahagian Kota Raja) berilah peluang kepada UMNO Kota Raja bertanding.

Iklan

"Tapi tidak banyak pun (diminta) Datuk Seri, kami tahu ukur baju di badan sendiri. Cuma harapan kami, bagilah kami bertanding satu kerusi," katanya ketika berucap dalam majlis itu di Bukit Raja di sini pada Ahad.

Beliau dalam masa sama memberi jaminan akan melakukan yang terbaik jika mana-mana kerusi diberikan kepada bahagian yang diterajuinya.

Iklan

"Sekiranya kerusi itu diberikan atas semangat perpaduan yang dicetuskan membuatkan kami jauh bersemangat untuk membantu," katanya.

Sementara itu, Ahmad Zahid dalam ucapan perasmiannya turut memberi respons positif terhadap permohonan yang dibuat Tengku Zafrul.

Menjawab perkara itu melalui pantun, Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata permintaan itu akan dibincangkan atas semangat 'setiakawan'

"Tengku Zafrul memang kawan, mohon satu kerusi no hal (tiada masalah). Kita bincang sesama kawan," katanya.

Menurutnya, ini kerana dalam politik tiada apa yang mustahil.