Tunggu Pusat lulus peruntukan siapkan projek laluan berkembar - Exco Terengganu

Iklan
Hanafiah

KUALA TERENGGANU - Kerajaan Terengganu masih menunggu kelulusan peruntukan daripada kerajaan Persekutuan bagi menyiapkan projek laluan berkembar melibatkan jalan pantai Terengganu bermula dari Kemaman hingga ke Besut.

Exco Infrastruktur, Utiliti dan Pembangunan Luar Bandar negeri, Hanafiah Mat berkata, peruntukan itu penting bagi memastikan projek tersebut dapat dilaksanakan dalam tempoh yang dirancang.

Iklan
Iklan

"Kita telah mohon peruntukan dengan kerajaan Persekutuan selaku pihak yang bertanggungjawab, (dan) tunggu kelulusan daripada mereka untuk memberikan peruntukan bagi menyiapkan jalan tersebut.

"Jadi kita harap Perdana Menteri mempercepatkan proses penyaluran peruntukan tersebut," katanya memetik laporan Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI) pada Ahad.

Iklan

Dalam perkembangan sama, Hanafiah berkata, kerja-kerja pelaksanaan projek itu akan dimulakan selepas mendapat 'lampu hijau' daripada Persekutuan.

"Saya yakin (peruntukan) akan diserahkan kepada Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) dan saya harap ia dapat dilaksanakan akhir tahun ini," katanya.

Iklan

Dalam manifesto Pilihan Raya Negeri (PRN) pada Ogos tahun lalu, Kerajaan Pas Terengganu turut mengumumkan untuk menyiapkan laluan berkembar (dual carriageway) jalan raya pantai Terengganu dari Kemaman ke Besut menjelang tahun 2027.