GAZA - Pasukan pendudukan Israel melakukan dua pembunuhan beramai-ramai terhadap keluarga di Semenanjung Gaza dalam 24 jam terakhir, mengakibatkan kematian sekurang-kurangnya 33 orang Palestin dan kecederaan kepada 118 yang lain, menurut sumber perubatan.
Pihak berkuasa kesihatan tempatan mengesahkan bahawa jumlah kematian rakyat Palestin akibat serangan Israel sejak 7 Oktober telah meningkat kepada 39,583 kematian yang dilaporkan, dengan tambahan 91,398 individu mengalami kecederaan, lapor Agensi Berita dan Penerangan Palestin (WAFA).