'Zii Jia tidak agresif berdepan Kunlavut'

Iklan
Zii JIa

PEMAIN perseorangan nombor satu negara, Lee Zii Jia tidak menampilkan permainan agresif ketika tumpas kepada juara dunia Kunlavut Vitidsarn dari Thailand pada separuh akhir Sukan Olimpik Paris 2024 di Porte de La Chapelle Arena pada Ahad.

Malah, bekas pemain beregu lelaki nombor satu dunia, Tan Boon Heong percaya pemain ketujuh dunia kelahiran Alor Setar, Kedah itu mampu memenangi perlawanan sekiranya menampilkan permainan menyerang ke atas lawan berstatus ranking lapan dunia berkenaan.

Iklan
Iklan

"Tidak dinafikan Olimpik kali ini, Zii Jia memang ada kemajuan dan perubahan yang baik. Dari segi main depan jaring, pertahanan, kesabaran dan mentaliti nampak lebih baik.

"Cuma hari ini, Zii Jia main tak cukup agresif sekiranya dia lebih kepada menyerang mungkin peluang menang lebih tinggi sebab kebanyakan pemain yang menyerang akan menang.

Iklan

"Zii JIa kena main lebih attack kerana sekiranya bermain secara rally, Kunlavut memang takkan takut kerana pelan perlawanannya terlalu bagus.

"Kunlavut suka main rally dan counter attack. Dia cari peluang buat serangan, ini lebih baik daripada Zii Jia," kata Boon Heong menyifatkan Zii Jia telah melakukan terbaik meneruskan momentum positif untuk perlawanan penentuan gangsa berdepan bintang India, Lakshya Sen.

Iklan

Sementara itu ketika mengulas kekalahan tersebut Zii Jia mengakui Kunlavut tampil lebih baik segala aspek dalam perlawanan tersebut berkata:"Saya menerima ini..., namun kempen masih belum tamat, masih ada satu perlawanan esok.”

Sebelum itu, impian melihat kilauan pingat emas sulung Sukan Olimpik daripada kem badminton terkubur di Paris 2024 selepas Zii Jia tumpas straight set 14-21, 15-21 Kunlavut dalam aksi 50 minit.

Zii Jia mengesahkan slot separuh akhir selepas menewaskan pemain nombor tiga dunia Anders Antonsen dari Denmark 21-17, 21-15 manakala Kunlavut mengejutkan pemain nombor satu dunia China, Shi Yu Qi, straight set 21-12, 21-10.

Sebagai rekod, penampilan sulung edisi Tokyo 2020, Zii Jia tewas kepada juara China, Chen Long pada peringkat 16 terakhir.