[VIDEO] Koronavirus: Botol air jadi topeng muka di China

Iklan
Dua beranak melindungi bahagian muka diperbuat dari botol air mineral untuk dijadikan 'face shield' di lokasi stesen kereta api di Guangzhou.

BEIJING- Berikutan penularan wabak koronavirus, penduduk di sini mengambil langkah drastik untuk memelihara keselamatan mereka daripada jangkitan itu dengan pelbagai cara termasuk ada yang menggunakan botol air sebagai penutup muka.

Mungkin kelihatan terdesak, tetapi gelagat dua beranak di stesen kereta api di Guangzhou Metro telah mencuri perhatian netizen apabila mereka menggunakan botol air mineral sebagai perisai muka.

Iklan
Iklan

Rakaman video berdurasi 6 saat itu dimuat naik di Twitter e.ell sebelum tular di laman sosial.

Kata Edward,"Menarik, itu adalah idea bernas untuk mereka di sana. Langkah awal untuk elak terkena wabak koronavirus."

Iklan

"Mudah dan sangat efektif, saya suka idea ini." kata TJ.

Sebelum ini, tular berita seorang lelaki yang menggunakan tuala wanita sebagai topeng muka bagi melindungi dirinya daripada jangkitan wabak tersebut.

Dalam pada itu, pihak berkuasa turut mewajibkan pemakaian topeng muka di Wuhan dan penduduk mematuhi arahan tersebut.

Iklan

Selain itu, orang ramai perlu kerap mencuci tangan dengan menggunakan air dan sabun atau bahan pensanitasi tangan.

Sebelum ini, seorang jururawat di Hospital Renmin Universiti Wuhan bertindak mencukur rambutnya bagi memudahkannya bertugas ketika wabak koronavirus sedang menular di seluruh dunia.

ARTIKEL BERKAITAN Koronavirus: Lelaki terdesak guna tuala wanita ganti topeng muka