"KALI ini bawa pulang pingat gangsa dahulu...”
Itu nasihat legenda badminton negara, Datuk Lee Chong Wei kepada pemain perseorangan perseorangan lelaki nombor satu negara, Lee Zii Jia.
Iklan
Iklan
Pada Ahad, hasrat Zii Jia untuk ke perlawanan akhir acara perseorangan lelaki badminton Paris 2024 terkubur selepas tewas kepada juara dunia dari Thailand, Kunlavut Vitidsarn di Porte de La Chapelle Arena.
Perlawanan yang menemukan Zii Jia berstatus nombor tujuh dunia menyaksikan kemenangan Kunlavut yang berkedudukan lapan dunia, 21-14, 21-15 dalam masa 60 minit.
"Anda telah melakukan yang terbaik Lee Zii Jia. Seluruh Malaysia berbangga dengan anda!
"Cuba lagi untuk empat tahun akan datang. Kunlavut juga bermain dengan baik,” ujar Chong Wei.
Sebagai rekod, Chong Wei merupakan atlet badminton negara paling berjaya di Sukan Olimpik apabila membawa pulang pingat perak dari Sukan Olimpik bermula edisi Beijing 2008, London 2012 dan Rio 2016.