Dua lelaki maut kereta bertembung lori

Iklan
Anggota bomba membantu mengeluarkan mangsa yang tersepit di dalam kereta Perodua Kancil dinaiki mereka. Foto JBPM Perak

IPOH - Dua lelaki maut apabila kereta dinaiki mereka bertembung dengan lori dalam kejadian berhampiran Sekolah Kebangsaan Gunung Panjang di Gopeng, malam ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, bomba mendapat panggilan pada jam 9.48 malam sebelum tiba ke lokasi lapan minit kemudian.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, kejadian menyebabkan dua lelaki berusia 58 dan 62 tahun itu tersepit di dalam kereta Perodua Kancil dinaiki mereka, bagaimanapun pemandu lori tidak mengalami kecederaan.

"Peralatan khas digunakan untuk mengeluarkan mangsa dari kereta terbabit. Kedua-dua mangsa disahkan maut di lokasi kejadian oleh pihak Kementerian Kesihatan," katanya dalam kenyataan malam ini.

Iklan

Sabarodzi berkata, operasi tamat pada jam 10.20 malam dan mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya. - Bernama

Iklan