Rezeki tukang jahit di bulan kemerdekaan

Iklan
Rodziah menjahit pakaian yang ditempah oleh pelanggan.

KOTA BHARU - Seorang tukang jahit di Kampung Kedondong, Kota Jembal di sini dapat menambah pendapatan sepanjang bulan kemerdekaan pada Ogos selepas menerima tempahan menjahit baju tema berkenaan.

Roziah Mat Ail, 40, yang sudah menjahit lebih 20 tahun mula menerima tempahan menjahit baju bertemakan merdeka sejak dua tahun lalu.

Iklan
Iklan

Dia sudah menerima tempahan awal Julai lalu dan kini sedang berusaha menyiapkan baju pelanggan kerana tiada pembantu.

"Saya mengambil keputusan menjahit lebih awal bagi memastikan pelanggan berpuas hati dengan rekaan yang diminta," katanya kepada Sinar Harian pada Ahad.

Iklan
Rodziah menunjukkan pakaian yang dijahit sempena sambutan bulan kemerdekaan.

Berkongsi situasi ketika mula menerima tempahan, Roziah berkata, pada mulanya hanya mereka baju dan menjahit untuk anak-anak yang mahu menyambut bulan kemerdekaan di sekolah mereka.

Jelasnya lagi, ketika itu dia tidak yakin dengan kebolehan menjahit baju bertema tetapi mencubanya berpandukan gambar di media sosial.

Iklan

"Rumitnya menjahit baju bertema kerana ada rekaan bajunya dipenuhi renda serta kain pelbagai warna yang perlu dijahit secara bersambung," katanya.

Bagaimanapun katanya, ada rakan-rakan yang mula bertanya selepas dia berkongsi hasilnya di Facebook.

Tahun lalu saya berjaya menjahit lebih 20 pasang baju sempena sambutan kemerdekaan tahun.

Baju Puteri Perak antara pakaian yang mendapat sambutan daripada ibu bapa sempena sambutan hari kemerdekaan.

"Pada tahun ini ramai yang sudah mula bertanya dan menempah dan kebanyakannya baju untuk kanak-kanak berusia antara lima hingga enam tahun.

Menurut Roziah lagi, penggunaan kain penting untuk keselesaan berikutan baju yang dijahit untuk si cilik dan dipakai ketika di padang atau dewan yang dipenuhi orang ramai.

Justeru katanya, kain kapas sesuai digunakan dan setakat ini pelanggan tidak berkira dengan harga yang dikenakan.

"Harga juga bergantung pada rekaan dan jenis kain. Setakat ini ramai yang meminati rekaan baju Puteri Perak manakala persalinan ala pahlawan untuk lelaki.

"Ramai juga yang menempah tanjak serta bengkung untuk lelaki," katanya.