Isu nasional jadi fokus kempen PRK Nenggiri - Penganalisis
Iklan
SHAH ALAM - Isu nasional dijangka mempengaruhi pola pengundian pada PRK DUN Nenggiri yang membabitkan pertembungan dua penjuru antara PN dan BN.
Menurut Felo Penyelidik Unit Literasi dan Advokasi Politik, Universiti Malaysia Terengganu, Profesor Madya Dr Mohd Yusri Ibrahim, isu nasional khususnya membabitkan dasar kerajaan Persekutuan akan menjadi modal kempen parti bertanding.