Lompat parti drama lama UMNO
Iklan
SHAH ALAM - Pas yakin pengundi di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri, Gua Musang, Kelantan, bijak membuat penilaian dan tidak akan termakan 'drama lompat parti' yang sering digunakan Barisan Nasional (BN) setiap kali menjelang pilihan raya.
Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, drama lompat parti adalah taktik lama yang dijadikan modal pemimpin BN untuk mengelirukan rakyat kononnya mereka masih mendapat sokongan pengundi ketika kempen pilihan raya.