Polis cekup lelaki curi mesin basuh di kedai barangan elektrik

Iklan
Polis menahan seorang lelaki warga tempatan yang disyaki terlibat dalam kejadian mencuri sebuah mesin basuh di sebuah premis perniagaan barangan elektrik, pada Sabtu.(Gambar hiasan) Foto 123rf (Gambar kecil: Mohd Sohaimi)

JOHOR BAHRU – Polis menahan seorang lelaki warga tempatan yang disyaki terlibat dalam kejadian mencuri sebuah mesin basuh di sebuah premis perniagaan barangan elektrik, pada Sabtu.

Menurut Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintenden Mohd Sohaimi Ishak, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian tersebut daripada seorang wanita warga tempatan berusia 33 tahun yang merupakan pemilik premis berkenaan.

Iklan
Iklan

"Siasatan awal mendapati kejadian berlaku sekitar jam 1.30 tengah hari di sebuah premis perniagaan barangan elektrik di kawasan Taman Desa Cemerlang, Ulu Tiram.

"Polis turut mengesan satu rakaman video berdurasi enam saat yang dimuat naik melalui akaun Facebook memaparkan perbuatan suspek melakukan jenayah mencuri sebuah mesin basuh.

Iklan

"Polis kemudiannya menahan seorang lelaki warga tempatan berusia 23 tahun pada hari yang sama laporan polis dibuat,’ katanya.

Beliau berkata, polis merampas sebuah mesin basuh jenama Midea, selain turut merampas sebuah kereta jenis Perodua Axia.

Iklan

Permohonan reman terhadap suspek dibenarkan selama empat hari mulai Ahad sehingga Rabu ini.

Semakan rekod lampau mendapati suspek mempunyai lima rekod jenayah dan tiga rekod kesalahan dadah.

Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan mencuri dan jika disabitkan boleh dihukum penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau keduanya sekali.