Anggota tentera hilang ditemui selamat

Iklan
Sinar Harian pada Khamis lalu melaporkan seorang anggota tentera yang sepatutnya kembali bertugas di Kem Terendak, Sungai Udang di sini, dilaporkan hilang sejak lebih sebulan lalu.

MELAKA - Anggota tentera Kem Terendak, Sungai Udang yang dilaporkan hilang sejak lebih sebulan lalu ditemui selamat oleh keluarganya di sebuah kedai makan di Semabok di sini pada Ahad malam.

Bapanya, Nazri Abd Rahim, 48, berkata, anak kedua daripada tiga beradik itu, Prebet Muhammad Fakrullah Nazri, 21, ditemui dalam keadaan tidak terurus termasuk berambut agak panjang berbanding sebelum ini.

Iklan
Iklan

Menurutnya, biarpun sedih melihat keadaan Muhammad Fakrullah yang lebih dikenali dengan panggilan Fakrul itu, namun bersyukur anaknya ditemui dalam keadaan selamat.

"Alhamdulillah penantian kami selama ini, doa-doa orang ramai termasuk bantuan pihak media ALLAH SWT makbulkan doa kami.

Iklan

"Ketika abang sulungnya berjaya menemuinya dia terkejut sebelum menangis sambil mendakwa dia cuba untuk pulang ke rumah namun terasa ‘berat," katanya ketika dihubungi di sini, pada Isnin.

Mengulas lajut, Nazri berkata, menerusi hebahan media juga ada individu yang telah memberi maklumat bahawa dia pernah ternampak Fakrul makan di kedai tersebut.

Iklan

"Semalam (Ahad) abangnya tergerak hati nak pergi ke kedai itu, sebaik dia sampai kat kedai itu dia nampak Fakrul," katanya lagi.

Tambahnya, selepas 41 hari menghilangkan diri Nazri berkata, anaknya itu dalam keadaan sihat dan hanya makan di kedai selain tidur di beberapa premis termasuk hotel bajet sepanjang tempoh itu.

"Namun sehingga sekarang ini, kami sekeluarga masih tidak tahu punca sebenar dia berkelakuan demikian kerana tidak mempunyai masalah dalam hubungan keluarga, teman wanita, kewangan atau pun dibuli," katanya lagi.

Sinar Harian pada Khamis lalu melaporkan seorang anggota tentera yang sepatutnya kembali bertugas di Kem Terendak, Sungai Udang di sini, dilaporkan hilang sejak lebih sebulan lalu.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, individu, yang beralamat di Tanjung Minyak dikesan kali terakhir keluar dari rumahnya sejak 24 Jun lalu ketika sedang bercuti.

Menurutnya, mangsa telah berkhidmat selama dua tahun sebagai anggota tentera dan laporan kehilangannya dibuat oleh bapanya pada 20 Julai lalu.