LRA Merbau Chondong henti operasi, 33,094 akaun terjejas

Iklan
LRA Merbau Chondong, Machang terpaksa dihenti tugas berikutan paip air mentah yang bergaris pusat 1,100 milimeter (mm) pecah kesan daripada kerja-kerja pembaikannya.. Gambar hiasan

KOTA BHARU - Loji Rawatan Air (LRA) Merbau Chondong, Machang terpaksa dihenti tugas berikutan paip air mentah yang bergaris pusat 1,100 milimeter (mm) pecah kesan daripada kerja-kerja pembaikannya.

Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) melalui kenyataan pada Isnin memaklumkan gangguan bekalan itu melibatkan hampir 33,094 akaun pengguna di jajahan Machang, Pasir Puteh serta Kota Bharu Selatan dan Kota Bharu Timur.

Iklan
Iklan

Kenyataan itu menyebut, kesan henti tugas turut menyebabkan berlakunya pengurangan dan kehilangan bekalan air terawat hampir 70 peratus di LRA Merbau Chondong atau sebanyak 47 juta liter

sehari (JLH).

Iklan

"Kerja-kerja penggalian dan pembaikian bermula pada hari Ahad (4 Ogos) dan dijangka siap Jumaat ini," kata kenyataan itu.

Melalui kenyataan sama, AKSB menggerakkan sebanyak lima lori tangki dan enam lori air kontrak untuk membantu pengguna terjejas selain kerjasama daripada operator air di negeri ini.

Iklan

Dalam pada itu, dua lori tangki akan tiba dari Johor Terengganu dan Pahang, empat dari Selangor dan masing-masing satu dari Pulau Pinang dan Persatuan Bulan Sabit Merah untuk membantu.

"Tangki statik bersaiz antara 500 hingga 1,500 gelen juga ditempatkan di kawasan tumpuan bagi meringankan beban pengguna yang terkesan," katanya.

AKSB juga memaklumkan telah membuat pemakluman awal melalui platform Pintas kepada pengguna melalui sistem Infoblast dan akan dikemaskini dari masa ke masa.

"AKSB memohon maaf atas segala kesulitan yang dihadapi kepada pengguna sepanjang tempoh pembaikan ini dan akan memaklumkan perkembangan lanjut menerusi saluran komunikasi kami," katanya.

Antaranya melalui laman sesawang www.airkelantan.com.my, aplikasi MyAKSB, Facebook, Instagram atau boleh hubungi Pintas di talian 15777 jika pengguna mempunyai sebarang pertanyaan dan aduan.