China tamat dominasi 64 tahun AS di kolam renang

Iklan
Perenang China ketika meraih emas acara 4x100 meter (m) rampaian lelaki di Olimpik Paris 2024. FOTO: EPA

REKOD tanpa kalah Amerika Syarikat (AS) selama 64 tahun dalam acara 4x100 meter (m) rampaian lelaki berakhir di Sukan Olimpik Paris ketika China meraih kemenangan di La Defense Arena.

Pemegang rekod dunia 100 meter gaya bebas Pan Zhanle, mengetuai pasukan dibarisi Xu Jiayu, Qin Haiyang dan Sun Jiajun untuk menang emas dalam masa 3 minit, 27.46 saat.

Iklan
Iklan

AS meraih perak, 55 saat di belakang China manakala Perancis meraih gangsa menamatkan saingan satu saat di belakang AS.

"Hari ini China sedikit lebih baik. Saya rasa kami semua beraksi dan memberi tekanan kepada diri sendiri untuk tampil dengan lebih baik. Jadi, tahniah kepada China kerana mereka melakukan perlumbaan hebat malam ini,” kata perenang Amerika, Ryan Murphy.

Iklan

Pan menjadi tumpuan mencatatkan kepantasan masa 45.92 saat pada hari lahirnya ke-20 tahun.

"Itu adalah renangan luar biasa untuk Pan... jadi itu hadiah hari jadi yang cukup menarik.

Iklan

"Ini adalah kali pertama saya menyertai relay untuk pasukan AS dan ia membawa sedikit tekanan, tetapi kami masing-masing hanya masuk dan cuba buat yang terbaik," kata Hunter Armstrong.

Sebelum ini, perenang China telah berada di bawah penelitian yang ketat sejak pendedahan pada April bahawa 23 daripada mereka diuji positif doping sebelum Sukan Olimpik Tokyo 2021 tetapi dibenarkan bertanding.

Agensi Anti-Doping Dunia (Wada) menerima penemuan siasatan China bahawa keputusan itu disebabkan oleh pencemaran dari dapur hotel, dan semakan bebas menyokong pengendalian Wada terhadap kes itu.