Suami pergi dengan tenang - Isteri Jay Jay

Iklan
Allahyarham Jay Jay disembahyangkan di Masjid Al Husna, Bandar Sunway, di sini pada pagi Isnin. Gambar kecil: Allahyarham Jay Jay.

PETALING JAYA - Isteri kepada penyanyi Jay Jay iaitu Zaitoon Wahid, 61, reda dengan pemergian suami tercinta yang menghembuskan nafas terakhir di Hospital Thomson, Kota Damansara.

Katanya, arwah menghembuskan nafar terakhir jam 9.27 malam tadi dalam tidurnya.

Iklan
Iklan

"Dia pergi dengan tenang selepas apa yang dilalui, dia tidur dan pergi buat selamanya.

"Anak-anak dan adik-beradik arwah semuanya ada.

Iklan

"Alhamdulillah kami tengok dia pergi dengan baik dan sebelum itu dia tiada pun tunjuk tanda-tanda dia sakit tapi keadaanya makin teruk selepas raya yang lalu,” katanya ketika ditemui di Masjid Al Husna, Bandar Sunway, di sini pada pagi Isnin.

Berkongsi keadaan kesihatan Allahyarham, Zaitoon berkata, arwah mula mengalami komplikasi organ dalaman selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri yang lalu.

Iklan

"Selepas pembedahan bypass (pembedahan pintasan jantung) dibuat pada Jun lalu, dia mula mengalami komplikasi,” ujarnya.

Kira-kira 200 orang kenalan dan keluarga hadir ke sini bagi memberi penghormatan terakhir.

Allahyarham Datuk Jay Jay akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Bukit Tandang, Petaling Jaya, Selangor sebelum solat Zuhur.

'Hari yang sedih, Jay Jay bukan sekadar sahabat' - Freddie Fernandez

Freddie menyifatkan penyanyi legenda, Jay Jay yang meninggal dunia malam tadi, sebagai seorang insan luar biasa.

Sementara itu, Awani melaporkan Presiden Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan), Datuk Freddie Fernandez menyifatkan penyanyi legenda, Jay Jay yang meninggal dunia malam Ahad, sebagai seorang insan luar biasa.

Bekas anggota kumpulan The Revolvers itu menganggap Allahyarham yang dikenalinya bukan sahaja sebagai seorang sahabat, bahkan sudah seperti adik-beradik.

"Selepas Allahyarham keluar dari kumpulan The Revolvers pada 1978, hubungan kami kekal rapat.

"Saya banyak mengundang Jay Jay untuk buat persembahan termasuk pada 2022 lalu, ada satu persembahan Legenda Nostalgia di Ipoh iaitu kutipan derma bagi karyawan.

"Hari ini kita kehilangan seorang nama besar dalam industri muzik tanah air. Saya kehilangan seorang kawan baik, yang mana arwah bukan sekadar kawan, lebih daripada itu,” katanya kepada Awani.

Freddie ditemui di Masjid Al Husna, di Bandar Sunway di sini, semasa hadir memberikan penghormatan terakhir kepada sahabatnya itu.

Penyanyi Zamani tidak ketinggalan hadir memberi penghormatan kepada Allahyarham Jay Jay.

Turut hadir memberi penghormatan terakhir ialah komposer veteran, Datuk S Atan, penyanyi Datuk Hattan, Aris Ariwatan, Zamani Slam dan ramai lagi.

Freddie turut menyifatkan Jay Jay sebagai individu yang sangat berdisiplin sepanjang dua tahun Allahyarham menyertai The Revolvers.

Penyanyi Zamani tidak ketinggalan hadir memberi penghormatan kepada Allahyarham Jay Jay.

"Karakter istimewa Allahyarham ialah sangat menghormati orang, prihatin terhadap kebajikan orang lain dan artis-artis seperjuangan. Jay Jay sentiasa membantu dan amat mudah untuk kerja dengan dia,” kongsi Freddie lagi.