Pihak main isu Blackrock diminta tidak hipokrit - Fahmi

Iklan
Fahmi berkata mereka yang terus memainkan isu Blackrock disifatkan sebagai hipokrit dan sengaja bermain dengan persepsi. - Foto fail/BERNAMA

KUALA LUMPUR - Mana-mana pihak yang memainkan isu syarikat Blackrock perlu turut berhenti menggunakan semua perkhidmatan yang berkaitan dengan syarikat pengurusan aset antarabangsa terbesar dunia itu, menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil.

Jurucakap Kerajaan Perpaduan itu berkata, mereka yang terus memainkan isu Blackrock disifatkan sebagai hipokrit dan sengaja bermain dengan persepsi.

Iklan
Iklan

"Kalau kita rasakan kita tak mahu ada apa-apa kaitan dengan Blackrock, hentikan guna WhatsApp, Facebook, Instagram. Kita tengok Facebook sebagai contoh, yang parti Pas membelanjakan jumlah yang cukup banyak buat iklan-iklan dalam Facebook, beri duit terus kepada Meta yang kita tahu pendiriannya tentang Israel.

"Itu sangat jelas, jadi kepada mereka yang berkata tentang isu ini (Blackrock) bagi saya lakukan perkara yang jujur, lakukan perkara yang betul," katanya ketika ditemui pemberita pada Himpunan Pembebasan Palestin di sini malam Ahad.

Iklan

Khamis lepas, Setiausaha Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, adalah tidak bermaruah jika kerajaan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim masih meneruskan cadangan usaha sama Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB) dan Khazanah Nasional dengan BlackRock Inc.

Mengenai Himpunan Pembebasan Palestin, Fahmi berkata, ia diadakan sebagai tanda solidariti rakyat Malaysia yang hadir secara fizikal mahupun menonton secara dalam talian yang bersatu hati mahukan gencatan senjata dan keadilan bagi penduduk Palestin.

Iklan

"Rakyat Malaysia amnya cukup tersentuh dan sentiasa mengingati saudara di Palestin, jadi saya lihat kehadiran malam ini tanda solidariti terhadap rakyat Palestin yang mahukan keadilan, keamanan dan mahu kezaliman dihentikan sekarang," katanya. - Bernama