Tingkatkan keselamatan, selenggara kapal - NUSPM

Iklan
Ikmal Azam Thanaraj (kiri), Laporan Sinar Harian

BAGAN SERAI - Syarikat pengendali perkapalan perlu meningkatkan lagi tahap keselamatan bagi mengelakkan insiden seperti letupan bilik enjin sehingga meragut nyawa dua anak kapal di perairan Samalaju, Bintulu, Sarawak berulang.

Setiausaha Eksekutif Kesatuan Kebangsaan Pelaut-Pelaut Semenanjung Malaysia (NUSPM), Ikmal Azam Thanaraj Abdullah berkata, pemeriksaan teliti perlu dilakukan berikutan kerjaya sebagai pelaut perlu bergadai nyawa dalam menggerakkan ekonomi negara.

Iklan
Iklan

"Kerjaya ini sangat mencabar dan pada masa sama ia istimewa kerana memberi peluang kepada pelaut untuk menaikkan status kerjaya, peluang pengembaraan dan taraf kehidupan.

Ikmal Azam Thanaraj (dua dari kanan) menyerahkan sumbangan kepada ahli keluarga Allahyarham Muhamad Firdaus, Muhammad Amirul Shafiq ketika hadir di kediaman mangsa di Parit Jay, Matang Jelutong pada Isnin.


Beliau ditemui selepas menyampaikan sumbangan kepada keluarga Muhamad Firdaus Abdull Fatah, 36, yang terkorban dalam insiden letupan kapal di perairan Samalaju, Bintulu, Sarawak, Jumaat lalu di Kampung Parit Jay, Matang Jelutong di sini pada Isnin.

Iklan

Sementara itu, Ikmal Azam Thanaraj berkata, pihaknya akan memantau pembayaran pampasan terhadap keluarga mangsa selari dengan perjanjian yang ditandatangani pada awal kerjaya.

Tambah beliau, pihak kesatuan akan sentiasa memastikan pelaut-pelaut itu terbela dari segi kebajikan, perundangan dan guaman.

Iklan

Sebelum ini media melaporkan dua pekerja kapal maut dalam letupan di sebuah kapal di perairan Samalaju pada Jumaat.

Selain Muhamad Firdaus, George Ngilah, 24, dari Sibu turut terkorban dalam tragedi letupan melibatkan bilik enjin kapal terbabit.

Ketika kejadian, seorang lagi mangsa yang dilaporkan parah telah dikejarkan ke Hospital Nyabau, Bintulu, Sarawak untuk rawatan lanjut.